Kansas City Royals
Kansas City Royals

Kansas City Royals

Kansas City Royals merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Kansas City, Missouri. Royals bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Pasukan ini ditubuhkan sebagai pasukan tambahan pada tahun 1969 dan telah beraksi di empat Siri Dunia dengan memenanginya pada tahun 1985 dan 2015 sementara dua aksi sebagai finalis pula ialah pada tahun 1980 dan 2014. Pasukan ini menyertai American League pada 1969 bersama pasukan Seattle Pilots. Pasukan ini telah pun ditubuhkan oleh ahli perniagaan Kansas City, Ewing Kauffman. Pasukan ini ditubuhkan atas usaha Stuart Symington, bekas Senator Amerika Syarikat dari Missouri yang menginginkan sebuah pasukan besbol baru di Kansas City berikutan pasukan Athletics (pasukan besbol utama Kansas City yang beraksi dari 1955 hingga 1967) berpindah ke Oakland, California pada 1968. Sejak 10 April 1973, Royals beraksi di Kauffman Stadium, yang dulunya dikenali sebagai Royals Stadium.Pasukan baru ini kemudiannya menjadi pasukan gergasi apabila tampil di aksi playoff sebanyak tujuh kali dari 1976 sehingga 1985 dengan memenangi Siri Dunia dan pennant AL yang dibarisi pemain-pemain seperti Amos Otis, Hal McRae, John Mayberry, George Brett, Frank White, Willie Wilson dan Bret Saberhagen. Pasukan ini terus kekal kompetitif menjelang awal 1990-an tetapi hanya mencapai satu rekod kemenangan musim dari tahun 1995 sehingga 2012. Selama 20 musim berturut-turut (1986–2013), Royals tidak pernah layak ke postseason MLB, sekali gus menandakan kemarau postseason terpanjang ketika era wild card kini besbol. Pasukan ini menamatkan kemarau tersebut pada musim 2014 apabila mendapat tempat di wild card dan layak ke Siri Dunia sebelum mereka tewas kepada San Francisco Giants. Royals seterusnya yang dibarisi pemain-pemain unggul termasuklah Salvador Perez, Alex Gordon, Johnny Cueto, Danny Duffy, Eric Hosmer, Mike Moustakas dan Lorenzo Cain merangkul kejuaraan divisyen AL Central pada tahun berikutnya dan menewaskan New York Mets di aksi Siri Dunia 2015 bagi mengesahkan kejuaraan dunia kedua pasukan.Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Royals sepanjang zaman ialah 4,066–4,441.[5] Pada musim 2023, pasukan ini bernilai AS$1.2 bilion menjadikannya pasukan ke-27 bernilai di MLB.[6] Sementara itu, sehingga tahun 2019, pasukan ini majoritinya dimiliki oleh usahawan John Sherman, serta ramai pemilik bisnes dan usahawan dari Kansas City.

Rujukan

WikiPedia: Kansas City Royals https://web.archive.org/web/20200804124225/https:/... https://www.mlb.com/royals/fifty/uniform-history https://web.archive.org/web/20200819120739/https:/... https://www.mlb.com/royals/fifty/fiftieth-season-b... https://www.mlb.com/royals/press-release/press-rel... https://www.espn.com/mlb/story/_/id/34637287/kansa... https://www.baseball-reference.com/teams/KCR/index... https://www.forbes.com/sites/mikeozanian/2023/03/2... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kansas... http://royals.mlblogs.com/